Monday, 19 October 2015

OHHH!!

Assalamualaikum.. Kali kedua saya menerbitkan post untuk hari ini sahaja.
Wow!
Saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian.

Tahukah anda....
 
1. Hukuman penjara paling lama pernah dijatuhkan iaitu selama 384,912 tahun
kepada seorang posmen berusia 22 tahun yang gagal menghantar 
sebanyak 42,768 pucuk surat.
 
2. Di Verkhoyansk, Rusia, matahari hanya akan terbit pada jam 2:00 petang
dan terbenam pada jam 3:30 petang.
 
3. Didalam dunia , terdapat enam orang yang mempunyai wajah serupa dengan kamu.
Namun hanya 6 peratus sahaja kemungkinan untuk berjumpa dengan
salah satu daripadanya.
 
4. Kala jengking mampu menahan nafas selama enam hari.
 
5. Tahukah kamu bahawa nyamuk lebih suka menghisap darah jenis O ?
 
6. Kamus Oxford telah mengiktiraf perkataan selfie sebagai perkataan 
porpular pada tahun 2013.
 
7.  Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun akan ketawa sebanyak
400 kali sehari berbanding 15 kali di kalangan orang dewasa.

8. Siapa sangka, sebuah kerusi lipat yang diperbuat daripada kayu
yang ditemui dari bangkai kapal Titanic telah dijual pada harga RM543,836.73
dalam sebuah majlis lelongan.

9. Secara purata , setiap tahun dunia menggunakan 4.7 juta batang pokok untuk
membuat buku telefon.

10. Pelik kenapa tiba-tiba bulu mata kamu jatuh tanpa diusik? Sebenarnya
bulu mata akan tumbuh baru semula jadi setiap 64 hari.

rehat jap.
Okay sambung balik..

11. Di China, seorang lelaki bernama Chen Si memilih untuk menghabiskan hujung minggunya
duduk dijambatan Nanjing Yangtze River Bridge.Tujuannya adalah untuk
menyelamatkan orang daripada bunuh diri terjun dari jambatan.
 
12.  Zirafah dan tikus mampu bertahan atau hidup lebih lama tanpa air berbanding unta.

13. Seorang warga Rusia yang sedang memancing berseorangan terselamat daripada dibaham
seekor beruang apabila telefon bimbitnya tiba-tiba berdering lagu "BABY"
nyanyian JUSTIN BIEBER.

14. Presiden Zimbabwe yang pertama, Canaan Banana telah menggubal 
undang-undang mengugurkan kerakyatan kepada sesiapa
yang mempersendakan namanya.

15. Membaling telefon bimbit menjadi sukan tradisi yang wajib diadakan 
di Finland setiap  tahun.

Wohhhh penat menaip. Lain kali sambung lahh ye. Moga korang tau perkara 
yang jarang sekali diketahui.

Sumber : KLiK


 


No comments:

Post a Comment