Friday 13 October 2017

Toleh

Kau memanggil ku,
Berpaling semula ke arahmu,
Dengan senyum menghias bibir,
Manis dipandang hati mencair.

Menyapa sekian lama mendiam,
Terkaku seperti kaki dipaku,
Atas tanah yang penuh berbatu,
Hanya mampu berdiri membisu.

Mulut masing terkunci,
Terkatup penuh rahsia,
Bicara mata saat ini,
Terus mainan semata.

Aku paksa hati,
Hiraukan kau dan paling semula,
Biarkan ia sakit sedetik cuma,
Daripada untuk ditusuk selamanya.

Apa mahu lagi engkau,
Mengajak ku mengira bintang,
Bilangannya banyak seperti cinta lama,
Yang dibuang begitu saja dengan kejamnya.

Toleh aku daripada memandangmu,
Biarkan kau terus menangis sendu.

No comments:

Post a Comment