Wednesday 6 December 2017

Mangsa

Kiranya aku sudah tewas,
Melihat apa yang makin jelas,
Ingin ditutup hapus kenyataan itu,
Ahhhh pudar harapan ku.

Tiada pilihan ini semua berlaku,
Tak mungkin dapat diputar masa,
Merayu pada detik ulangkan semula,
Menganjak jarum biarkan situasi berpihakku.

Mahu membilang panah yang tertusuk,
Ada pahit ada manis yang masih berbekas,
Terus menjadi parut megahnya panahan cinta,
Sekali ingat hanya memalukan diri sahaja.

Aku tidak punya semangat,
Aku sudah penat,
Berapa kali terkorban,
Melawan diri yang degil nak mati.

Diri ini tiap kali menjadi mangsa,
Kerakusan hati membenam jiwa,
Tidak kisah apa itu sakitnya,
Hanya tahu menunjuk kehebatan cinta.

No comments:

Post a Comment