Friday 27 April 2018

Halau

Kian lelah aku dibadai ombak,
Taburan pepasir pandang langsung, 
Tiada niat berlembut hadap tuan,
Patah setiap tulang sepi dipandang.

Pagi yang dianggap membawa bahagia,
Tidak perasan bayang hitam mengejar,
Lari kau namun penghujung tiada,
Hembusan lelah kuat terus didengar.

Ya apa lagi mahu kau hidup,
Dunia ini tak memerlukan mu,
Langit ini sedang mengejekmu,
Sedarlah apa darjatmu di alam ini.

Usah menunggu angin sepoi menyapamu,
Kerana taufan saja ingin menyinggahmu,
Salam khabar tiada henti,
Tamparan itu cukup buat dirimu mengerti.

No comments:

Post a Comment