Wednesday 30 May 2018

Aneh

Ingin kali aku terbang ke angkasa,
Melihat bulan makin hampir kian indah,
Biar diri ini tenang dari kancah dunia,
Menikmati keajaiban tiada kerlipan.

Mahu kau tunjuk usaha mu,
Yang kusut lagi diragu,
Entah kau bukannya begitu,
Bahkan tiada siapa tahu.

Anggap sajalah ini yang termampu,
Sudah cukup kau kenyang dek tomahan,
Usah kau teruskan apa yang terdaya,
Aku kenal siapa dirimu.

Kau dilihat aneh,
Sangka mereka kau ini pelik,
Berdiri bagai berkaki raksasa,
Jiwa penuh mendabik dada.

Acap kau berubah,
Hari ini lain,
Esoknya lain,
Lusa kau kembali sama.

Masih kau mahu dengan pendirian mu,
Apa waktu mahu menunggu kejayaan mu,
Siapa ingin kau yang berpenat lelah,
Mereka tiada pandang itu semua.

Apa yang mahu mereka hanyalah hasil yang benar berubah ketara.
Selagi belum wujudnya ia, kau masih aneh dipandang hina.

No comments:

Post a Comment