Tuesday, 12 June 2018

Lepas kemari

Kan ku biarkan dirimu.
Seperti mana yang kau mahu.
Pajak apa yang telah lama terbuku.
Pinta hajat agar benar dan tulus.

Tak sekali aku halang.
Itu apa yang kau ingini.
Terus apa harus memujukmu.
Jikalau hati tidak mahu.

Tiada lagi ikatan padamu.
Di tiang batu tali berduri.
Tahu nanti kau disakiti.
Aku lebih rela diri ini dibebani.

Ya kita telah berjanji.
Apa yang terjadi biarkan terjadi.

Sudah aku lepaskan mu apa lagi kau kemari.
Ada baki harus kau tuntut dari ku.
Marilah ke sini,
Hati ini sentiasa terbuka.
Untuk mu yang aku sayangi.

No comments:

Post a Comment