Wednesday, 19 December 2018

Dusta

Walau banyak mana khayalan aku cipta,
Hatta beribu kisah telah ku buku,
Dari setitik dakwat pen sekalipun,
Masih tak mampu mengubah hidupku.

Setulus mana ayatku,
Seindah mana khayalanku,
Seperit mana lukaku,
Sekejam mana kataku.

Ia masih fantasi bukan realiti.

Semua tertulis khasnya untukku,
Dukaku kadang tiada faham,
Amarahku kadang tiada perasan,
Tangisku kadang tiada ertinya.

Itulah apa yang disangka mereka,
Semuanya mimik belaka,
Pentas lakonan semata,
Pendusta bicara handal katanya.

No comments:

Post a Comment