Tuesday 31 December 2019

Bangsa

Lidah boleh dipercayai waktu merasa, wajar curiga sebaik berkata . - samadsaid

Dek kalau menikam ia pasti cedera,
Jika tidak bernasib baik habisi sudah,
Itu cerita zaman bermandi darah,
Beza di medan apa yang bersua.

Mahu dibandingkan wajarlah kita,
Sudah merdeka tanpa berbayar darah,
Walau setitik tidak pun tertumpah,
Itu zaman manusia bersejarah.

Riwayat silam yang lama,
Ambang maju moden lagi pesat,
Tapi mengapa masih berbalah,
Bukan dengan komunis tapi sebangsa.

Ahh aku malu.
Dengan bangsaku,
Mana dijunjung bahasa melambangkan bangsa,
Tatkala bahasa kesat menjadi siulan remaja.

Hempas pulas mempertahankan jawi,
Masih ada mengejek Yang Duli,
Bongkak kau melawan tanpa senjata,
Petah berkata lekas mencari salah.

Adakah itu yang kau banggakan,
Mahu digelar musuh dalam selimut,
Kau tetiba mahu beradu,
Apa selama didik hanya sekadar tuli begitu.

Dibingkaikan cerita semua cepat bersila,
Ingin tahu tepi kain orang luas telinga dibuka,
Yang hangat lagi sensasi,
Tanpa perasaan terbuka aib sendiri.

Mahu cerminan kepada generasi,
Usah sayang jangan bermain gajet,
Hatta diri sendiri di alam maya,
Lebih erat kawan berbanding keluarga.

Terkejut beruk melihat kanak mencarut,
Oh siapa ibunya adakah disusui tanpa bismillah,
Eh siapa bapanya adakah tidak didik dengan rotan,
Rancak menyebar ahhh tidak sedar dia pun sama.

Hidup ini tertanam nilai murni,
Dididik sejak dalam rahim lagi,
Dibelai agar menjadi insan terpuji,
Kaya akhlak elok budi pekerti.

Berhenti menunding jari,
Jadilah diri yang mengambil langkah,
Menghulur tangan membelai kasih,
Sama berubah ke arah lebih baik.

Belum bernyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak, bukan kata tak ada otak, cuma tidak berfikir di luar kotak. - shiro,2018




Saturday 28 December 2019

Angan

I'm not me if me-time started

Aku cuma buntu dengan angan-anganku,
Jelas ianya palsu tidak berbuku,
Setiap butir bicara apa yang tersirat,
Yang pasti ia bukan takdir tersurat.

Haruskah aku meneruskan anganku penuh syahdu,
Jika dibayang sekadar mimpi ke sudah aku terus lena,
Usah dikejut biarkan ia menjadi dunia kedua,
Apakan daya mungkin benar hanya samar-samar.

Terus terang ku bidas,
Diriku sudah diluar batas,
Aku bukan apa ku inginkan,
Namun jika itu takdirku apakan daya.

Kan kau sudah ku bilang,
Tidak sekali akan ku hapuskan,
Jika angan terus dibawa angin,
Yang bermusim lama menunggu ganti.

Dongak muka cerminlah diri,,
Tunduk ke bawah lopak air di kaki,
Hidup tidak henti mengingatkan tanah yang dipijak,
Mahu menyelusuri minat yang sudah jauh tersasar.

Hapuskan saja anganmu,
Lupuskan saja dari namamu,
Hatta bayangku sendiri tertawakanku,
Inikan pula jiwa yang merendah sayu.



Tuesday 24 December 2019

Kaku

I believe the broken clock will move once again. - junhyung.

Hidup manusia sering dicemburui masa,
Jika mereka mengerti apa itu dunia,
Sekadar tempat persinggahan sementara,
Hatta yang kekal di akhirat sana.

Kadang manusia terleka,
Lalai dengan keadaan sekitar,
Bukan lagu yang menjadi irama,
Namun bunyi detikan menjadi salingan.

Aku mengerti itu,
Cuma hati ini begitu sayu,
Aku hanya mampu terkaku,
Menyaksikan dunia melangkah maju.

Hey,
Sedar kau bukan,
Bumi sedang berputar penat,
Namun kau masih kaku begitu.

Izinkan aku berdrama seketika waktu.

Bacalah cerita dariku,
Aku seding merintih pilu.

Tak,
Aku tak mahu.
Biarlah aku masih terkaku,
Dengan apa yang baru berlaku

Friday 13 December 2019

Malam

Taken by Anwar Yahya. Salam rindu sahabat.

Walau saat pagi aku sudah diseru sendu,
Aku harap semuanya menanti tenang,
Bukannya tiada peluang hidup ketika cuma,
Hati merundung ingin memendung.

Ohh jangan diseru hujan malam,
Hancur teruk ia melanda,
Bak ombak datang terus tidak berpatah,
Aku penat menanggung kesepian.

Dari terangnya sang rembulan,
Menemani sunyi malam,
Dikala sepi ia menjelma,
Agar tiada siapa tenggelam malap.

Ohh bayu angin meniup lembut,
Membisik sesuatu tidak jelas,
Membiarkan ia menembusi helaian rambut,
Terus menyapa wajah yang menunduk.

Jika begitu sang malam memeluk hangat,
Pabila gumpalan awan menurunkan hujan,
Diselangi kilat yang menyambar- nyambar,
Mengingati dosa mengelilingi diriku.

Detikan jam tepat angka 12,
Mataku segar namun jiwaku runtuh,
Menyedari hari baru sudah melangkah tiba,
Sudah dimulakan dengan tema melankolik.

Ahh pandang kau ke langit,
Saksikanlah sang bintang dan rembulan,
Menemanimu di saat manusia enak dibuai mimpi,
Kau kan diseru sujudlah ke bumi.

Bukanlah setiap malamku dirundung malang,
Bukanlah setiap langkah dituruti air mata,
Cuma kekilafan sang hamba menginsafi dosa,
Hatta kisah silam hanya terbuku sejarah.

Hentikan menunding jari,
Datang kemari tadahkan bahu,
Kan kau dijadikan tempat luahan,
Saat tiada lagi kepercayaan pada yang lain.



Saturday 30 November 2019

Ganti

Stop hoping for life to be easy, stop hoping for somebody save you.

Pernah rasa hidup dicucuk sembilu parah,
Cuma hati yang merasa atau itu realitinya,
Aku akan sedar bila sudah terhantuk kepala,
Itulah yang terjadi bila sudah terngadah.

Bukan dulu tidak ku pesan,
Jangan mudah menyerah hati,
Namun kau tahu apabila teruja mendatang,
Bila pertama kali diri ini diuji.

Aku berahi kasih,
Ditumpahkan oleh orang pertama,
Yang menjadikan aku orang kedua,
Kau tahu apa peritnya bila dijadi galang gantinya.

Bukanlah aku merungut yang lepas,
Bukanlah aku tidak mampu menerima hakikat,
Aku cuma sedih bila mengenang,
Aku cuba menerima.

Aaaahhhh aku benci diri ini mula berputik asmara.

Aku inginkan jiwa ku yang kosong tanpa taman,
Yang hidup tanpa belas kasihan,
Dilimpahi cuma cahaya nan suram,
Bila malam aku suka ia bertandang.

Jika dulu aku memeluk lutut,
Kini hanya menanti skrin cahaya telefon,
Jika dulu kau diari ku,
Kini ceritaku pada yang mendegar.

Tidak ku dapat kembalikan yang lepas,
Aku harapkan ada hikmah sebaliknya,
Yang akan dapat ku belajar,
Setelah aku melangkah alam dewasa.

Ingatkanlah aku,
Aku sering lalai,
Dunia penuh pancaroba,
Kembalilah menjadi temanku.

Wednesday 27 November 2019

Tipu

I miss writing

Sudah ku pergi,
Meninggalkan hidupku yang menyendiri,
Aku sering ditipu halusinasi,
Sehingga kini aku masih terkaku berdiri.

Sempat ku dulu berpesan,
Agar ia menjadi satu rahsia,
Supaya tiada rekaan cerita,
Menjadi dongeng mereka berpetah.

Bohonglah jikalau aku tak mengerti,
Cuma dibiar sehingga mulut itu terkunci,
Bila was-was bertandang barulah bertanya,
Hei mashitah betulkah sudah berputik api asmara?

Kau keliru tapi masih mahu tahu,
Mengapa tidak terus ditanya pada aku,
Sang tuan punya badan menjadi watak utama,
Kisah hangat ramai pengarang tanpa noktah.

Sungguh aku penat.

Kau tahu,
Ada sesuatu yang aku rindu,
Diriku yang dulu,
Beza alam masih hati batu.

Ke era seterusnya penuh duri,
Tercucuk jari mahu dibalut atau biar berdarah kali,
Pelbagai topeng manusia penuh muslihat,
Terus kau menjadi mangsa tipu daya syaitan.

Mana kau suluh ada jalan lurus,
Hidup memang penuh liku,
Yang pasti kau harus tahu,
Di penghujung ada yang menunggu.


Friday 27 September 2019

Sangsi

Perhaps in the loneliest moment of your life is when yourself need you the most. Be there, for you. - Kamal Effendi's

 
Kaku kakiku,
Hatta kelu lidahku,
Aku keliru,
Kesangsian terus menyusup jiwaku.

Tampak.

Aku menapak lesu,
Sesuatu aneh dalam diriku,
Aku hanya mahu satu,
Dan aku buntu.

Menari jariku,
Mengetuk sesuatu fikiran jalan,
Sungguh ku musykil,
Pilihan apa yang aku ada.

Ohhhh detikkan jam.
Tik tok tik tok.

Kini kesangsian diriku makin mendalam,
Ada sesuatu yang aku rindu,
Ya diriku yang lalu.

Silam ku robek memori,
Aku jelas memerlukan sesuatu,
Jawapan bagi diriku,
Yang dulu sunyi kian makin sepi.

Aku inginkan diriku yang dulu.

Namun kehidupan yang baru harus ku teruskan.

Dan aku makin hilang mengenali diri.
.
.
.
.

Oh Tuhan, dewasa yang kesunyian,
Menapak lemah ke semua manusia yang ku kenal,
Dan perubahan ku jelas dibenci mereka,
Dan aku takut Kau juga melaknatku.

Terang aku berdosa,
Jelas aku hanyut dunia,
Berikan aku kelapangan dalam sempit kesunyian,
Aku ingin jiwa ku suci.

Lekas pekat malam menampak pudar,
Terbit sesuatu cahaya nur nan indah,
Pentas lakonan kini tirai dibuka,
Aku harus senyum meski pahitnya ada.

:)

Jika dulu sangsiku pada siang hari,
Melihat manusia pelbagai ragam,
Kini sangsiku waktu malam,
Pabila diri yang lama mengetuk hatiku semula.

Dan detik sangsi itu sukar ku temu,
Namun itu yang ku mahu,
Belajar sesuatu dalam diriku,
Dan aku penat menelaah semua itu.

Aku sangsi dengan kehidupan baruku.

Saturday 27 July 2019

Hey :)

I really miss myself.


I currently no idea when people start making a story of me.

I'm sorry if I had changed for no reasons.

Here, my fellow friends, everything is fine. Nothing to worry about me :)

I just want you to know, everything's I had written in my blog was depending on my heart. Usually, I don't share my feeling to others. It's not mean I don't trust you, but it the reality :)

Even you swear to me to keep it as secret, I still enforce to say no. I just realised that people are not the place to share the story.
A really means a secret story.

is not hurt you, mashitah?
No :)

I love it.

Just, if you hate me just go away, don't waste your time following my life and keep your heart to be hating. Don't you feel tired of it?

Mereka

It's nice how you had met people who don't know you as others knew you.


Hidupku makin kosong,
Kurangku masih ditatap sepi,
Aku bagai hilang tuju,
Nyawaku bergantung pada jalanku lalu.

Sukar ku tunjuk aku sunyi,
Tidak mengapa aku begini.

Mereka pandangku bahagia,
Mereka anggap aku sentiasa gembira,
Mereka sakan tilik aku berpunya,
Mereka terus menjadi diri mereka.

Aku hanya tersenyum,
Patutlah mereka labelkan ku  bahagia,
Belakang tabir ia lain cerita.

Kau tahu kawan,
Aku tanggung derita,
Saat kalian bicara tentang hidupku,
Yang disangka sentiasa bahagia.

Tidak ku salahkan sesiapa,
Tidak ku menunding silap sesiapa.

Cuma aku mahu kau tahu,
Aku masih perlukan ruang,
Hidupku makin sempit,
Ruangku makin himpit.

Dan apa yang kau tahu, hanya jaja cerita hebatnya aku mejadi buah mulut orang.

Tuesday 4 June 2019

Hanyut

Full of hopes but people still think it meaningless.

Segalanya ku mula dengan tiada,
Kau datang membawa sinar harapan,
Kau petik hati ini cipta satu kisah,
Aku terima lalu ku buahkan buku cinta.

Akan ku coretkan semua kenangan,
Setiap kata ku tulis dengan senyuman,
Ku simpulkan menjadi sebuah karangan,
Yang indah dibaca kita berdua sahaja.

Malam ku tiada lagi sunyi,
Siang ku tiada lagi sepi,
Bunyi cengkerik bukan iringan ku,
Alunan lagu jiwang terus pilihanku.

Saat bicara mu keluar,
Tidak lagi bunyi lain ku dengar,
Tatapku hanya padamu,
Itu gilanya aku.

Sungguh aku hanyut,
Sedarku di tengah laut,
Walau papan itu rapuh,
Sejuk gigil ku masih terapung.

Saturday 1 June 2019

Kalut rindu

Maybe they are not changing at all, you just need to know them better.

Sampai tahap kemuncak rindu,
Pedih hatiku menahan sayu,
Momen lalu dibiarkan satu,
Tiada ganti menjadi baru.

Ya.
Betullah, aku sedang mengomel sendiri.

Tahap kaku badan ku,
Aku hanya menahan sepi kalbu,
Pandangan ku hanyut kabur,
Duduk ku biarkan situasi berlaku.

Biar ku ringkaskan,
Aku kalut menahan rindu,
Tak mampu ku ungkap,
Mati haus idea ku.

Fikiran ku tayang perkara yang sama,
Minda ku sikit tidak anjak waktu,
Jika diulang kembali,
Akankah momen memihak ku.


Monday 29 April 2019

Teman

It's ok sometimes people judge by your fake personality, they may hurt when seeing the real you are

Sudah lama tiada peneman alam,
Selain bunyi detikan jam,
Di sini aku masih tenggelam larut malam,
Menyelami diriku yang makin kelam.

Ada ketika aku perlukan saat ini,
Dianggap orang itu buang masa,
Aku hanya perlukan ruang sendiri,
Diri yang sunyi diiring lagu sepi.

Jiwaku makin ke dalam menyentuh dasar,
Kadang ku rasa seperti meratapi mimpi,
Gila ku hanya buat dunia sendiri,
Janji aku membelai kasih hati.

Pejam mataku tiba air mata mengalir gitu,
Bayang ku tiada sebagai rakanku,
Aku ditinggalkan tanpa jejak sang kawan,
Alunan lagu masih terus sendu dimainkan.

Jika kau baca kisahku,
Dari awal kau mengerti,
Tentu kau fikir bodohnya aku,
Impian yang sepatutnya lupus.

Betapa ku hina diriku.

Jikalau kau rasa ku sumpah diriku hanya pada cerita ini sahaja,
Kau silap.

Hatta bukan 24 jam aku mengkritik diri,
Menusuk hati membelah jantung merobek jiwa.

Ini sahaja teman ku,
Aku sunyi dan aku sendiri.

Thursday 28 March 2019

Pergi

You really can't pour from an empty cup. Take care of yourself first. - Kamal Effendi

Sungguh aku kecewa,

Dengan diriku sendiri.

Aku cuba beranggap biasa,
Muka tidak kisah walhal tidak peduli,
Sungguh begitu sekali aku berkelaku,
Aku cuma mahu dihargai.

Lalu mereka biarkan aku pergi.

Namun benarkah kaki ku melangkah sambil dipandang sinis,
Pergi bagai menghalau anjing kurap kemari.

Aku mahu pergi.

Biar pemergianku kadang dipandang berani,
Ditabik tangan hebatnya membina jiwa,
Kentalnya minda menghadap macam jenis manusia.

Jika mendung teruslah terbit mentari,
Jika malap teruslah menyala lampu,
Jika gersang teruslah menghijau tanah.

Ya...

Lambailah mereka dengan 2 belah tangan terbuka,
Senyumlah usah risau ku menjaga diri,
Datanglah semula jika berlapang masa,
Detik sedih dihiasi dengan alunan musik.

Aku pergi sendiri,
Dan aku takkan kembali.

Biar jalan dinampak lurus,
Seperti tiada penghujug,
Percayalah aku takkan berpatah,
Walau diserang badai melanda.

Saturday 2 March 2019

Biasa

We are always blinded by the imperfections in the most perfect thing ever - mato's mom

Izikan aku berbicara seperti biasa,
Berpetah mulut bercerita sentiasa,
Meluahkan apa saja yang tersirat,
Penat dibiar sarat tersimpan,

Aku masih terkaku,
Ingin kan aku meluah segalanya,
Namun saat bibir membuka kata,
Hatta otak sudah menyusun bicara.

Tarik nafas ku pendam semula.

Mengapa aku begitu,
Kenapa nikmat mulut ku biar membisu,
Atas papan kekunci jariku menari,
Masih sama kisahku sepi.

Lama ku mencari idea mengorak langkah,
Mencari ayat untuk penulisanku,
Menembus awan mencari ilham,
Membelah lautan masih kelu.

Ya aku teringat, ibu kata,
Aku terlalu mencari kesempurnaan,
Mengambil masa lama menolak apa di depan mata,
Walau itu yang terbaik,
Aku masih mengatur langkah pergi mencari.

Apa yang aku dapat...

Aku terlalu mahukan kesempurnaan,
Sehingga kadang aku rasa terlalu bodoh,
Aku tak mampu membuat itu ini,
Betapa kerdilnya diriku.

Ibu bantulah aku,
Aku rindukan kata nasihatmu,
Semuanya buat ku sedar,
Aku harus bersyukur.

Namun saat kita bersama,
Aku membuka lain cerita,
Masalah ku biarku tanggung seorang,
Sebab aku tahu aku mampu.

Sombongkah aku...

Saturday 26 January 2019

Gampang

You can't cross the sea merely by standing and staring at the water.-Tagore

Hey aku sunyi,
Sungguh sepi,
Bukan tiada siapa,
Tapi tak ingin menyapa.

Masih diri membisu,
Semua diam keliru,
Walhal sang jari menari nari,
Rancak di maya kaku di realiti.

Datanglah bersipuh kemari,
Dengarkan kisah tauladan ini,
Bicaranya bukan dari hati,
Turun temurun silih berganti.

Ia bukan dongeng semata,
Maha dasyat mulut ternganga,
Ini bukan fantasi bunian,
Realiti hidup dijadi pengajaran.

Harus tahu terus menerus,
Setiap butir pasti ada asbabnya,
Titik noktah disambung lagi cerita,
Tidak berhenti walau seketika.

Lali ku mendengar kisah mereka,
Temberang gampang mendabik dada,
Makin lama ditokok tambah cerita,
Tak sedar kebenaran menjadi fitnah.

Bangunlah pergi,
Jangan dengarkan lagi karut ini,
Si keparat tiada bukti,
Mulut puaka janji diri didekati.

Tuesday 8 January 2019

Paksa

Makin lama yang hidup cumalah raga yang mati hati hilang jiwa. 

Hidupkan jiwaku kembali,
Sekian lama ia menyendiri,
Mengunyah beribu cemuhan,
Ditelan lagi semacam makian.

Habis rakus dilihat manusia,
Semuanya dipandang negatif,
Langsung tiada simpati,
Apa lagi terbit rasa empati.

Terus meneruslah,
Tiada lagi batasnya,
Bak dipukul ombak,
Biar diri dibawa pergi.

Apalah sangat dipaksa kali,
Dicucuk hidung ditarik tali,
Sudah banyak lubang bertubi tubi,
Tiada lagi kasihan yang dipinta lagi.

Melutut dipijak jari kaki,
Kepala tunduk ditonyoh lagi,
Air mata bertakung bak perigi,
Tahanlah empangan pecah jangan diganti.

Friday 4 January 2019

Ubah

Nothing impossible when you got dizzy in aeroplane.

Donggaklah dirimu ke langit,
Lihatlah awan nan indah,
Tusuklah diri betapa kerdilnya dirimu,
Tulus sucinya awan tiada pernah disentuh.

Hatta awan sendiri menyimpan  rasa,
Melihat karenah manusia bongkak rupa,
Sering menjeling bawah teguhnya diri,
Memijak tanah menghina terus mengeji.

Sudah diberi senang sementara,
Lupa diri tidak terhingga,
Berbicara bak sang raja berkuasa,
Salah diri laju menunding Tuhan.

Seberat itu awan memakan hati berulam jantung,
Saat amarah tiada lagi menahan sabar,
Terus membentuk gumpalan hitam menakuti manusia,
Mengajak kilat hatta ribut taufan menyumpah sama.

Dek begitulah bencana kecil,
Rasa simpati terus diwujudkan pelangi,
Mengingati bahawa Tuhan sedang menguji,
Bersyukur manusia hanya sebentar tadi.

....

Mengapa pelangi disangka indah,
Mengapa sepoinya angin dinikmati cuma,
Mengapa terik mentari tiada siapa suka,
Mengapa disangkal mendung membawa duka.

Demikianlah manusia, tiada apa yang perlu dinilai atas dasar rupa dan warna. tiada perlunya iktibar atas setiap yang menimpanya.

Kerana apa, ujian hanya datang untuk menguji, bukan mengubah.