Friday 4 January 2019

Ubah

Nothing impossible when you got dizzy in aeroplane.

Donggaklah dirimu ke langit,
Lihatlah awan nan indah,
Tusuklah diri betapa kerdilnya dirimu,
Tulus sucinya awan tiada pernah disentuh.

Hatta awan sendiri menyimpan  rasa,
Melihat karenah manusia bongkak rupa,
Sering menjeling bawah teguhnya diri,
Memijak tanah menghina terus mengeji.

Sudah diberi senang sementara,
Lupa diri tidak terhingga,
Berbicara bak sang raja berkuasa,
Salah diri laju menunding Tuhan.

Seberat itu awan memakan hati berulam jantung,
Saat amarah tiada lagi menahan sabar,
Terus membentuk gumpalan hitam menakuti manusia,
Mengajak kilat hatta ribut taufan menyumpah sama.

Dek begitulah bencana kecil,
Rasa simpati terus diwujudkan pelangi,
Mengingati bahawa Tuhan sedang menguji,
Bersyukur manusia hanya sebentar tadi.

....

Mengapa pelangi disangka indah,
Mengapa sepoinya angin dinikmati cuma,
Mengapa terik mentari tiada siapa suka,
Mengapa disangkal mendung membawa duka.

Demikianlah manusia, tiada apa yang perlu dinilai atas dasar rupa dan warna. tiada perlunya iktibar atas setiap yang menimpanya.

Kerana apa, ujian hanya datang untuk menguji, bukan mengubah.


No comments:

Post a Comment