Thursday 28 March 2019

Pergi

You really can't pour from an empty cup. Take care of yourself first. - Kamal Effendi

Sungguh aku kecewa,

Dengan diriku sendiri.

Aku cuba beranggap biasa,
Muka tidak kisah walhal tidak peduli,
Sungguh begitu sekali aku berkelaku,
Aku cuma mahu dihargai.

Lalu mereka biarkan aku pergi.

Namun benarkah kaki ku melangkah sambil dipandang sinis,
Pergi bagai menghalau anjing kurap kemari.

Aku mahu pergi.

Biar pemergianku kadang dipandang berani,
Ditabik tangan hebatnya membina jiwa,
Kentalnya minda menghadap macam jenis manusia.

Jika mendung teruslah terbit mentari,
Jika malap teruslah menyala lampu,
Jika gersang teruslah menghijau tanah.

Ya...

Lambailah mereka dengan 2 belah tangan terbuka,
Senyumlah usah risau ku menjaga diri,
Datanglah semula jika berlapang masa,
Detik sedih dihiasi dengan alunan musik.

Aku pergi sendiri,
Dan aku takkan kembali.

Biar jalan dinampak lurus,
Seperti tiada penghujug,
Percayalah aku takkan berpatah,
Walau diserang badai melanda.

No comments:

Post a Comment