Friday, 14 September 2018

Bantu

Sudah kau baca siapa aku,
Sudah kau telaah ini aku.

Ya itulah aku.

Hidup ku penuh cemburu.
Aku cuma mahu apa yang ku mahu.
Tapi keliling memaksa ku.

Masa tiada henti terus menghukum,
Menyuruh ku tunduk lagi patuh,
Lakukan disuruh larang apa diminta.

Sihat tubuh dikandung badan,
Cergas mental siapa tahu,
Hati tiada rela sering dipaksa,
Apa lagi duduk dibincang.

Makin arus sunyi,
Dinampak orang ditanya lagi.

Sedar masih tiada dapat membantu.
Apa ditunggu lagi.

No comments:

Post a Comment