Tuesday, 31 March 2020

Bungkusan

Dunia ini luas cuma pandangan kau yang terbatas.

Jauh sekali aku meminta kau selebihnya,
Kau yang memberi lebih segalanya,
Menunding aku yang mencuri tanpa salah,
Sudah ku bilang ini satu tidak akan menjadi dua.

Sudahnya kau meroyan dunia tiada keadilan,
Dari merangkaknya si bayi hingga celik minda,
Kau masih menyalahkan takdir tidak memihak,
Bukan kau kalah cuma kau tidak mahu kemenangan sedemikian rupa.

Banyak lagi perlu kau belajar,
Dari apa bungkusan yang kau terima,
Bukan aku orang yang pertama,
Walhal ramai wanita menghulur benda yang sama.

Akan ku paksa kau memahami,
Ia bungkusan daripada aku,
Yang memaksudkan ucapan salam.
Bukan permata yang perlu kau jaga.

Mungkin ia tulus bagi kau,
Mungkin itu terindah buat kau,
Cuma kau jangan salah sangka,
Bungkusan yang aku beri begitulah hingga lusuhnya ia.

Tidak akan ku minta untuk memulangkannya,
Aku berlapang dada memberikannya,
Elok lah kau perlakukan sebagaimana ia dijaga,
Usah dilayan lebih daripadanya.

Ingatlah engkau,
Dikala kau mengetahui isi dalamnya,
Bila sudah habis kau telitinya,
Jangan dihancurkan ia.

Hargai dan berlapang dada.

Mungkin kelak kau akan terima bungkusan yang lebih indah daripada permata :)

Perlu kau tahu,
Bungkusan itu,
Hanya sebuah makna,
Persahabatan.

No comments:

Post a Comment