![]() |
| main bola kita kena sabar. sabar sikit je. jangan sabar banyak sangat. kalau banyak sangat kalah lah kita. |
Friday, 24 July 2026
Helaian Lama
Tuesday, 27 January 2026
Buku baru
![]() |
| "good, good. keep writing. ignore the critics. they are only after self publicity. they're interested in mistake, not poetry" |
Sedetik aku memikirkan bahawa semuanya aku sudah lalui. Bahkan aku lupa masih banyak belum aku jalani. Apa yang berlaku tahun-tahun lalu hanya cebisan. Mana mungkin aku tahu apa yang bakal berlaku tahun ini. Wallahuaalam.
"Teruskan hidup seperti manusia yang mempunyai iman dan taqwa. Berhenti dari kehausan kasih sayang lelaki,"
Melangkah umur yang mendekat angka 3, tidakku jangka sesekejap ini. Lucuku fikirkan tatkala usia diangka 12 aku amat bercita-cita untuk membina rumah tangga seusia 25, bekerja keras langsung menjadi bangsawan. Lihatlah sekarang, angka itu telah ku jangkaui, satu pun angan-anganku itu tidak pun dihajati. Ini semua kesan membaca novel Siti ********, Hana *****.
Andai ada antara kalian yang membaca cerita-ceritaku yang lalu, anggap saja aku tidak membuka luas pemikiranku. Mahuku padam tapi terasa hipokrit pula.
Wednesday, 18 June 2025
Tak bersahut lagi
![]() |
| everyone wants to rule the world. |
Sunday, 15 June 2025
Rindu
![]() |
| berilah tanda jika engkau sudah ada pengganti supaya aku tidak menanti. |
Seruanku sudah tidak bersahut. Dan terang maka jelaslah bahawa kita sudah tutup cerita.
Dalam diam malam aku masih menanti telefonku berbunyi. Kala dulu aku tidak menghargai saat itu.
Apakah jika aku nyatakan bahawa aku rindu padamu, masih diterima ditekak hatimu? Jika dulu engkau ungkap padaku, tapi kini tidak lagi dalam diari hatimu. Apakah semua coretan asmara sudah mati dalam dirimu. Tidak lagi harimu dihiasi kata-kata pujangga mahupun disirami puisi-puisi indah. Semua itu telah kering tandus tidak tumbuh lagi.
Sedarlah wahai diriku! Jangan engkau memaksa seseorang untuk kembali padamu. Bukankah dulu saat ini yang kau tunggu?
Kamar yang menjadi saksi air mata berlinang tidaklah insan muka bumi menyangka agar hujan rahmat yang turun, bukan tagisan seseorang berduka. Kiranya, ya tidak penting. Tiada siapa peduli.
Monday, 17 March 2025
DIA teha
![]() |
| Saat itu sedarlah aku kebahagiaan dan kedukaan masing-masing menitiskan air mata. |
Tiadalah tarikh lain dapat ku lupakan selain tanggal 24 Januari 2025. Di mana aku menjadi saksi peristiwa manis dan pahit yang berlaku pada hari yang sama. Seharusnya hari itu menjadi satu cerita terbinanya mahligai, bukannya tertanam sebuah pusara.
Mengambil hampir 2 bulan untuk aku meluahkan rasa hati. Pedih dan diam. Diam untuk terus membisu. Tidak tahu pada mana pangkalnya harusku mula. Namun yang pasti, aku sedang sembuh dan reda dengan masa lalu.
Perlahan. Hari itu seakan lama. Jam berdetik memamah beribu saat. Menanti kepulangan tubuh yang sihat namun yang tiba jasad yang kaku.
Hakikatnya, ini semua takdir Tuhan.
Selamanya kau sahabatku, Fatiha Murad. Al-fatihah.
Monday, 2 December 2024
Itu termampu
![]() |
| Yang masih diam biarkan masa berlalu. |
Wednesday, 11 September 2024
Tangan itu
![]() |
| Tidak semua momen dirakam dengan kanta kamera, cuma aku yang menghargai detik berputar |

.jpg)




