![]() |
stay safe everyone! |
Aku ingin bicara seperti biasa. Mengomel sendirian meluahkan rasa hati yang terbungkam.
Entahlah.
Kalau perlu dicari aku waktu mempromot business, carilah. Akan aku bantu kau semampu mana. Sebab kita hanya rakan business.
Aku keliru.
Dulu mereka buang aku. Aku sedar kesilapan aku dan aku cuba berbaik semula. Aku cuba untuk sentiasa bertanya khabar, berjenaka seperti selalu dan cuba berbual tanpa menaikkan isu hal peribadiku.
Mereka sedar aku tidak suka untuk bercerita perihal itu. Itu pilihanku.
Tapi tak ku sangka begitu hina aku dibuang.
Ya aku mungkin hanya jika sewaktu belajar dulu sebagai rakan se'assignment',
Dan, mungkin sekarang rakan promote 'business'...
Kau tahu kejam menghukum?
Hatta gajet bukan penghalang untuk berhubung tapi kini adalah ego menjadi batasan.
Aku sombong? Kalau sudah tidak mahu mengajak usah salahkan diriku balik.
Kau tahu apa buat ku lebih memahami. Mungkin dulu aku menafsir kau rakan karibku.
Kita sentiasa bersama mungkin kau fahami aku.
Firasatku meleset.
Bermandi air mata aku,
Berbalut mata bekas menangis,
Meminta ampun terimalah aku,
Sedar aku tetap dibuang tidak dikutip.
Ya...
Bila akan kau mencariku,
Hey mash tolong support business aku, member tolong lah member.
Mungkin matamu dibilis kekayaan harta.
Apa orang kata bila susah baru cari member?
Itulah kehidupan sekarang.
Dan aku cukup kenyang menghadapinya.
No comments:
Post a Comment