Friday, 27 July 2018

Mahu

Ingin ku lepaskan segala yang perlu ku lakukan,
Bagai menyeksa tiada masa untuk ku bersenang,
Menikmati indahnya rehat hanya seketika,
Walhal apa yang ku suka masih kaku diam saja.

Hai.

Biarkan aku merindui mu,
Dalam malam yang indah diterangai bintang,
Tapi masih ku dalam kesibukan paksa,
Ya aku masih tidak rela dengan semuanya.

Aku rindu.
Berpuisi di dunia sendiri,
Khayalan minda sedar tak sedar,
Jejak badan fikiran melayang.

Bila lagi boleh ku ulang semula.
Hentikan masa,
Biar jariku saja yang bergerak,
Biar minda ku berkhayal,
Biar aku hidup dalam walang.

Benar aku sungguh tulu.

Apa yang ku inginkan hanyalah kasih buat diriku.
Tapi apa yang datang hanyalah buih ombak.
Datang membawa harapan lama lagi palsu.

Aku rindu.
Apa yang aku mahu.
Adalah kemahuan ku.

No comments:

Post a Comment