Saturday 27 July 2019

Mereka

It's nice how you had met people who don't know you as others knew you.


Hidupku makin kosong,
Kurangku masih ditatap sepi,
Aku bagai hilang tuju,
Nyawaku bergantung pada jalanku lalu.

Sukar ku tunjuk aku sunyi,
Tidak mengapa aku begini.

Mereka pandangku bahagia,
Mereka anggap aku sentiasa gembira,
Mereka sakan tilik aku berpunya,
Mereka terus menjadi diri mereka.

Aku hanya tersenyum,
Patutlah mereka labelkan ku  bahagia,
Belakang tabir ia lain cerita.

Kau tahu kawan,
Aku tanggung derita,
Saat kalian bicara tentang hidupku,
Yang disangka sentiasa bahagia.

Tidak ku salahkan sesiapa,
Tidak ku menunding silap sesiapa.

Cuma aku mahu kau tahu,
Aku masih perlukan ruang,
Hidupku makin sempit,
Ruangku makin himpit.

Dan apa yang kau tahu, hanya jaja cerita hebatnya aku mejadi buah mulut orang.

No comments:

Post a Comment