Tuesday 31 December 2019

Bangsa

Lidah boleh dipercayai waktu merasa, wajar curiga sebaik berkata . - samadsaid

Dek kalau menikam ia pasti cedera,
Jika tidak bernasib baik habisi sudah,
Itu cerita zaman bermandi darah,
Beza di medan apa yang bersua.

Mahu dibandingkan wajarlah kita,
Sudah merdeka tanpa berbayar darah,
Walau setitik tidak pun tertumpah,
Itu zaman manusia bersejarah.

Riwayat silam yang lama,
Ambang maju moden lagi pesat,
Tapi mengapa masih berbalah,
Bukan dengan komunis tapi sebangsa.

Ahh aku malu.
Dengan bangsaku,
Mana dijunjung bahasa melambangkan bangsa,
Tatkala bahasa kesat menjadi siulan remaja.

Hempas pulas mempertahankan jawi,
Masih ada mengejek Yang Duli,
Bongkak kau melawan tanpa senjata,
Petah berkata lekas mencari salah.

Adakah itu yang kau banggakan,
Mahu digelar musuh dalam selimut,
Kau tetiba mahu beradu,
Apa selama didik hanya sekadar tuli begitu.

Dibingkaikan cerita semua cepat bersila,
Ingin tahu tepi kain orang luas telinga dibuka,
Yang hangat lagi sensasi,
Tanpa perasaan terbuka aib sendiri.

Mahu cerminan kepada generasi,
Usah sayang jangan bermain gajet,
Hatta diri sendiri di alam maya,
Lebih erat kawan berbanding keluarga.

Terkejut beruk melihat kanak mencarut,
Oh siapa ibunya adakah disusui tanpa bismillah,
Eh siapa bapanya adakah tidak didik dengan rotan,
Rancak menyebar ahhh tidak sedar dia pun sama.

Hidup ini tertanam nilai murni,
Dididik sejak dalam rahim lagi,
Dibelai agar menjadi insan terpuji,
Kaya akhlak elok budi pekerti.

Berhenti menunding jari,
Jadilah diri yang mengambil langkah,
Menghulur tangan membelai kasih,
Sama berubah ke arah lebih baik.

Belum bernyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak, bukan kata tak ada otak, cuma tidak berfikir di luar kotak. - shiro,2018




No comments:

Post a Comment