Wednesday 12 April 2023

Diari

 

back to 2018 when I think world is carefree

Kehidupan yang meresahkan. Yang cuma memikirkan perasaan. Melebihi diri sendiri.

Khabarnya semua baik? 

Tidak perlu aku bertanya, ternyata kalian hanya mampu berkata baik-baik saja walhal ribut di fikiran.

Kekusutan yang melanda ibarat semuanya berlaku serentak dan aku masih bersabar dan menanti saat untuk menarik nafas dan bertenang. 

Ya sememangnya begitu lama saat itu mahu tiba. 

Kisahnya bermula, dengan keadaan sekeliling yang sudah cukup serabut. Lalu aku menyelak kisah yang lalu, di mana aku fikir saat itu dewasa adalah menyenangkan. Andai aku dapat bertemu aku 10 tahun lalu, mahu saja aku terajang.

Namun itu semua kenangan. Aku menyelak helaian diari yang kian lusuh. Sepi itu diselang ketawa dan keluahanku. Aku tidak menyangka aku begitu. Ternyata berfikiran budak-budak. Aku yakin kamu semua punya diari juga. Haruslah kita bersyukur hidup di generasi yang belum kehausan gajet.

Alangkah indahnya waktu itu, punya ayah, punya waktu bersama keluarga, punya teman gelak nangis bersama, punya parut luka di lutut mahupun siku namun yang pasti bukan di hati. Ahhh aku rindu saat itu. 

Itu cara menghabiskan baki masa sehari, dengan mengimbau kenangan lalu. Dan aku fikir apa gunanya kisah silam yang dulu jika diriku masih sama dan tiada apa yang berubah. Ahhh itu dia aku memberi ruang kekusutan menjelma.

Memori aku makin hanyut. Sungguh asyik. Aku tidak sedar kelakuanku itu sedang dimamah waktu. Mahu saja aku menangis kerana memikirkan betapa bodohnya aku saat itu. Aku terlalu mengikut perasan dan naluri. 

Aku tersengih. Kalau ia tidak terjadi masakan aku lebih berfikiran matang dan dewasa ?

Aku memerlukan sokongan. Aku ketagihan rasa bercerita. 

...


jika ada dalam kalangan kalian yang ingin mencari bahan untuk assignments, silakan berkunjung di laman ini academia.edu 

No comments:

Post a Comment