Friday 16 June 2023

Aku yang tak menghargai


 
Dan mungkin selepas ini kita hanya dua orang asing yang saling mengenali tapi menyepi.

Maafkan aku.

Bisa ku kata aku yang tak memahami erti menghargai. Cintamu tulus cuma aku yang lurus. Aku tak faham apa itu sakit hati, cemburu, kecewa orang lain. Walhal engkaulah satu satunya hati perlu aku jaga. Tapi aku gagal. Aku gagal lagi untuk kedua kalinya.

Aku resah. Tapi aku tak mampu memaksa. 

Di sini andai kau baca, tidak sekali aku salahkanmu. Cuma aku mahu peluang kedua. 

Malam ini aku tidak tenang. Malam ini seakan terlalu dingin untuk ku..

Aku mahu masa bertenang dan masa dengan mu. Aku cuma mahu bertemu dan nyatakan aku sayang pada kamu.

Sebentar lekas nanti aku sambung. Ann

No comments:

Post a Comment