Thursday 5 October 2023

Sunyi

 

Sekadar sedar yang bukan semua ada masa untuk kita.

Perasaanku yang bercampur baur. Sedih, sakit dan serabut. ku simpulkan semuanya menjadi satu kebiasaan, sunyi.

Aku terlalu serabut. Aku perlukan seseorang. Dan aku sangat mengharap. Sudahnya aku keseorangan.

Tidak ku menunding salah kepada mereka. Masa kita tidak sama. Dunia kita berbeza.

Melihat aku berseorang bukan untuk raih simpati. Itu norma.

Diriku tandus kala ini. Kiranya aku sudah tidak mahu bernafas lagi. Kerunsingan ini terlalu melahap masaku. 

Aku berdiam lagi. Dan termenung.

Otakku kosong. Masaku terbiar.

Aku sedar. Segalanya tetap sama.


No comments:

Post a Comment