Wednesday 24 February 2021

Sisih

Kesempurnaan apa yang dia cari pada aku,
Aku keliru.

Apa yang kurangnya aku sehingga mereka buang aku,
Apa hinanya aku tahap langkah ini aku dibiar keliru.

Kisah lepas masih bermain di minda ku,
Aku meronta lepaslah ia satu persatu,
Ludah ke langit kenanya padaku alik,
Campak ke laut ombak memulang balik.

Benar kata orang,
Yang pecah boleh disusun tampal,
Walau kesan retak masih ada,
Tersinggung sikit berderai semula.

Cuma aku yang tersalah cantum,
Atau aku kedekut capai baharu,
Mungkin aku terlalu simpan yang lama.

Diriku masih yang sama,
Namaku tak pudar walau badai melanda,
Tak lekang walau banyak bumi rata dipijak,
Andai kata yang berubah cumalah fa'il sahaja.



No comments:

Post a Comment