Sunday 28 March 2021

Merindu


Aku mudah merindu walhal kita baru ketemu,
Tiba malam ingin beradu aku masih berfikir kamu,
Mindaku melayang sedangkan esok permulaan baru,
Hakikat yang sukar biarlah aku melirik lagu.

Kemam bibir tak mampu lagi menahan,
Menunggu masa mengalirnya,
Titisan hangat sang air mata,
Jarangnya berderai namun pecah empangannya jua.

Detik indah yang begitu sebentar,
Menanti masa bersama lama berdekad,
Setapak melangkah luluh jiwa,
Aku ingin kembali masa silam.

Mungkin mimpi hanya pengubat luka,
Angan angan sendiri merawat rindu,
Tapi itu semua khayalan,
Terhantuk kepala asalnya balik ke dunia.

Realitinya sukar diterima,
Aku berundur dari membentuk awan,
Kerana mendung sudah menunggu,
Detikkan masa berdentum bumi sementara.

Rupanya aku melarik gemawan,
Bukan berupa cumulus putih,
Berubah gelap hingga pekatnya alam,
Bakal menghujani Al-ard Nya. 

Selamat tinggal juga harusku ungkapkan saat itu paling perit .

No comments:

Post a Comment