Tuesday 5 October 2021

Langkah


Tak terlintas untuk terjadi,
Seperti baru semalam kita berjanji,
Mahu sentiasa bersatu hati,
Walau berbalah berkali kali.

Terus yang tak diingini melangkaui janji,
Jari kelingking tidak lagi bertaut sekali,
Terpaksa melepaskan jiwa yang tiada hati,
Biarkan engkau bebas menyelusuri hari.

Aku sendiri...

Bukanku tak punya orang keliling...

Cuma hatiku rasa dikhianati...

Perlukah aku maju untuk bisa melupakan,
Berapa tapak yang harus ku pertaruhkan,
Untuk menghapus segala kenangan,
Kini tinggal aku yang membuat keputusan.

Aku sendiri.

Kan ku sedar,
Tiada tapak yang ke hadapan,
Cuma aku yang terus mengundur,
Kerana aku terlalu asyik pada harapan.

Berkhayalkah aku,
Aku keliru.

Aku masih berpura pura kau bersamaku,
Aku masih bermimpi kau duduk disampingku,
Aku masih terngiang bisikkan asmaramu di telingaku,
Jantung ini masih laju berdegup memandangmu.

Namun itu cuma bayanganku.
Maafkan aku kerana terlalu menyayangimu.

No comments:

Post a Comment