Thursday 10 February 2022

Haru

haru hidupku walhal setapak tahun baru.


Sukar mengikat pada kata hati,
Aku begitu dengan kataku sendiri,
Genggam jari pujuklah diri,
Benar kau harus dipuji.

Teruslah hidup pada kaki sendiri,
Pijaklah bayang bayang sendiri,
Kau perlu yakin pada diri,
Tomahan hanya memakan diri.

Kau boleh menilai,
Kau boleh mengeji,
Kau boleh mematahkan hati,
Itu saja tugas si pengkritik.

Lunjurkan kaki,
Kau perlu berdikari.

Harus aku sedar,
Kelak aku akan bersendiri,
Tiada lagi pendamping,
Seperti saat ini.

Seharu mana hidup,
Setegang mana ego,
Serabut mana kepala,
Itu semua sementara.

Selagi ada langkah yang mengorak,
Selagi itu kau masih bernafas,
Waktu itu cuma sebentar,
Biar ketikan jam menjadi latar,
Bahawa aku sedang menuju cahaya.




No comments:

Post a Comment