Saturday 11 June 2022

Suka malam


Bunyi detikan jam jelas di cuping,
Masih maghrib namun sunyinya terasa,
Atau sepi ini sudah lama tak menyinggah,
Kerana aku begitu sibuk dengan dunia.

Jiwaku berkecamuk,
Seperti tiada ruang,
Untuk aku dan bayang,
Memuntah segala rencah.

Itulah diriku.

Digelar gila kerana terlalu bahagia,
Gelak tawa seperti tiada masalah,
Diusik hina masih tersenyum ria,
Aah mungkin dia sudah biasa.

Kata orang, 

Disebalik senyuman ada air mata,
Di mana hanya disaksi sang rembulan,
Menitis bila tibanya kejora,
Runtuhnya empangan sepasang mata.

Biarlah topeng malamku,
Hanya aku yang tahu,
Kau mungkin tidak mengenaliku,
Saat aku menjadi ‘aku’.

No comments:

Post a Comment