Thursday 7 July 2022

Pujuk


Baru saja aku melangkah tapak,
Kau tiba menyapa khabar,
Segaris senyuman kau lempar,
Seperti tidak ada sekelumit dosa.

Kadang aku tak mahu mengungkit,
Atau kata membuka aib,
Aku biar ia terpatri di hati,
Sakit jiwa sendiri tahan.

Tapi kau datang tanpa salam,
Mengetuk semula hati kau lukakan,
Walhal diriku baru baik dari derita,
Pelbagai cerita ku diam kau tanya semula.

Aku penat pujuk hati,
Pujuk diri,
Biar ia jadi rahsia,
Agar tiada tokok tambah.

Cuma aku sendiri,
Aku sendiri tidak ngerti,
Apa hatiku ini tidak ingin terbuka,
Memberi laluan pada yang lebih mulia.

Ya benar.

Hidupku sunyi,
Jiwaku mati,
Walau ragaku bangkit,
Hatiku dikunyah pahit.

Aku cuma mampu berharap diriku terbuka hati dan terus cekal membawa diri.

No comments:

Post a Comment