Tuesday 27 September 2022

Berat tanggung

Aku teruskan bicara,
Tanpa ada sekeping gambar,
Seperti selalu ku lampir,
Kerana aku terlalu berat menanggung.

Maaf jika tutur ku kucar,
Jiwaku sedang dilanda ribut,
Tidak bisa ku atur ayat,
Kerana aku terlalu berat menanggung.

Berkali ku berbolak balik,
Berkali empangan mataku pecah,
Aku tak mampu menahannya,
Kejapku maki diri ku sendiri.

...

Aku akan tegak berdiri,
Aku tak akan berpaling lagi,
Aku akan terus begini,
Sehingga ada yang melambai pergi.

Aku tahu kau mula bosan,
Aku tahu bukan aku yang kau harapkan,
Ini bukan lagi soal siapa sakit siapa jaga,
Kerana biar aku yang tanggung semua.

Aku akan tunggu,
Sehingga kau benar pergi dari hidupku,
Bila bukan lagi aku menjadi temanmu,
Aaah sebentar aku sedang berat menanggung.

...

Tak apa.

Ambil masamu,
Siapkan dirimu,
Hiasi malammu,
Itu adalah hakmu.

Cuma kadang aku mahu kau tahu,
Aku masih menunggumu.


No comments:

Post a Comment