Thursday 22 September 2022

Luah malam


Hening malam aku menunggu,
Tapi tidak pula mendengar khabarmu,
Mungkin kau tersinggung dengan kataku,
Maaf atas bicara perihal hari lalu.

Kala mereka tidak menyangka,
Sebegini aku mengurai rasa,
Selayu hati tak semengah raga,
Ya aku cuma berselindung dibalik ketawa.

Sama sekali aku tak menyalahkan sesiapa,
Cuma aku selesa seperti ini,
Menjauh dan terus menyendiri,
Tidak tersakiti tapi ini hobi.

Jika kau buka muka buku,
Sedari aku maksudkan mu,
Benar ini untuk kamu,
Sama ada kau tahu atau biar membisu.

Aku ingin menyusul,
Berlari di belakangmu,
Mengikut arah telunjukmu.

Sakit kerana aku mengundur diri,
Membiar kau pergi,
Lagi perit bukan aku disisi,
Bukan tangan ini yang digenggam rapi.

Maafkan aku.

No comments:

Post a Comment