Thursday 9 May 2024

Biar saja mereka

 

Bulan kelahiran kehilanganku

Bulan ni sahaja aku hilang ramai,
Ramai kenalan?
Kenalan ku sahaja boleh dibilang jari,
Inilan pula hilang lagi.

Aku sudah ditahap malas,
Aku malas nak pertahankan,
Atau mungkin aku dah malas menghargai,
Aku dah tak hamak orang lain.

Sebab aku penat.

Kali ini aku seorang, dulunya aku berteman.
Kali ini aku kesepian, dulunya aku keriangan.
Kali ini aku termenung seorang, dulunya aku ketawa dengan si dia bersampingan.

Aku tegas disini, ini bukan kali pertama.

Kiranya aku boleh sifatkan diriku sebagai orang yang toksik.
Mana mungkin ramai yang pergi dari aku padahal aku tidak ubah perangaiku.

Entahlah. Aku dah biasa. 

Aku tak akan halang sesiapa untuk pergi,
Aku tak akan meraih simpati andai kau tak mahu lagi,
Aku tak akan paksa kalau hadirmu memang untuk sementara.

Haha. Awaslah sesiapa yang ingin berkenalan denganku. Akunya seorang yang malang.

No comments:

Post a Comment