Sunday, 15 June 2025

Rindu

 

berilah tanda jika engkau sudah ada pengganti supaya aku tidak menanti.

Seruanku sudah tidak bersahut. Dan terang maka jelaslah bahawa kita sudah tutup cerita.

Dalam diam malam aku masih menanti telefonku berbunyi. Kala dulu aku tidak menghargai saat itu.

Apakah jika aku nyatakan bahawa aku rindu padamu, masih diterima ditekak hatimu? Jika dulu engkau ungkap padaku, tapi kini tidak lagi dalam diari hatimu. Apakah semua coretan asmara sudah mati dalam dirimu. Tidak lagi harimu dihiasi kata-kata pujangga mahupun disirami puisi-puisi indah. Semua itu telah kering tandus tidak tumbuh lagi.

Sedarlah wahai diriku! Jangan engkau memaksa seseorang untuk kembali padamu. Bukankah dulu saat ini yang kau tunggu?

Kamar yang menjadi saksi air mata berlinang tidaklah insan muka bumi menyangka agar hujan rahmat yang turun, bukan tagisan seseorang berduka. Kiranya, ya tidak penting. Tiada siapa peduli.


No comments:

Post a Comment