![]() |
everyone wants to rule the world. |
Lamaku fikir, bolehkah aku menelefonmu? Acap kali malam tiba, aku ingin kali mendengar suaramu lagi. Tidakkah aku merinduimu? Aku tersepit diantara masa lalu yang aku sering dipulaukan. Terasa juga aku ingin meminta peluang ke-*, namun tidak mampu aku mengungkapkannya.
Adakah kau sedang bahagia tanpa diriku? Aku fikir ia. Tidaklah aku lupa bahawa kau punya ramai teman, keluarga yang rapat, kehidupan yang penuh rutin. Aku? Aku habisi masaku dengan mengimbau masa lalu.
Aku tahu kau sudah simpan terus perbualan kita. Mungkin jika aku memulakan perbualan, tidak akan masuk notifikasinya. Aku jelas semua itu. Aku akui dan hormati kamu.
Aku ingin teman bercerita, aku ingin seseorang sudi mendengar. Aku hilang si dia. Kita tidak lagi kawan.
Ibu, andai kau tahu hati anakmu yang kau kandungkan 9 bulan ini remuk hanya kerana seorang jejaka, mengertilah engkau bahawa anakmu ini rapuh hatinya. Aku tidak sekuat ibu.
Ku fikir ia perkara mudah untuk melupakan. Saban hari rutinku hilang arah. Entah kemana fikiranku saat dunia masih berputar. Aku kosong. Tiada siapa ingin mendengar keluhanku. Lalu aku diam. Di sini aku meluah.
No comments:
Post a Comment