Monday 5 December 2016

Perasaan

Assalamualaikum.

Dulu kita kenal kerana tragedi ngeri asrama,
Bercerita sehingga berkawan,
Aku fikir kita kawan untuk selamanya,
Tapi aku silap.

Hampir tahun ni saja kita berkelahi tidak sudah,
Perkara sama yang tiada noktah,
Sudah bernoktah muncul semula,
Apa seperti sejarah berulang kembali ?

Kau kata cuma perkara kecil,
Sudah penat aku pertikaikan,
Mengapa masih menjaga tepi kain orang,
Nampaknya kau tak belajar dari kesilapan.

Benda sama lagi.

Hey, bodohnya kau,
Penat aku,
Lelah aku,
Seperti kayu reput dimakan anai².

Kau menangis lagi,
Murah sungguh air matamu,
Sehingga tiada nilai walau setitis,
Seperti mahu menunjuk peritnya hati,
Lalu orang fikir aku yang membunuh hatimu.

Seminggu aku mendiam,
Harap kau berubah,
Ahh ...
Air mata darah sekalipun kau tetap sama.

Hatimu luka,
Itu aku akui,
Apa mampu aku ubati,
Jika dirimu diambang hiba melampau.

Ha ha ha,
Kau memang kelakar,
Menangis kerana manusia,
Kau buta atau sedang berpura²?

Aku datang selesaikan masalah kau,
Kau berjanji biarkan orang yang menyakiti mu,
Sumpah seranah kau kepada dia,
Aku hanya pemerhati setia.

Ahhhhh

Benda sama lagi.
Banjingan.

Adakah kau ni roda yang pancit,
Sering kali dihimpit,
Atau ingin berlakon dengan hati yang mati ?

Kau mahu tau sesuatu,
Orang sekeliling sedang tertawakan mu,
Hahahahaha,
Itulah orang yang malang tak reti menghargai apa yang ada di depan mata.

Itulah dirimu.
Dan aku salah seorang dalam kalangan mereka.

No comments:

Post a Comment