Wednesday 27 November 2019

Tipu

I miss writing

Sudah ku pergi,
Meninggalkan hidupku yang menyendiri,
Aku sering ditipu halusinasi,
Sehingga kini aku masih terkaku berdiri.

Sempat ku dulu berpesan,
Agar ia menjadi satu rahsia,
Supaya tiada rekaan cerita,
Menjadi dongeng mereka berpetah.

Bohonglah jikalau aku tak mengerti,
Cuma dibiar sehingga mulut itu terkunci,
Bila was-was bertandang barulah bertanya,
Hei mashitah betulkah sudah berputik api asmara?

Kau keliru tapi masih mahu tahu,
Mengapa tidak terus ditanya pada aku,
Sang tuan punya badan menjadi watak utama,
Kisah hangat ramai pengarang tanpa noktah.

Sungguh aku penat.

Kau tahu,
Ada sesuatu yang aku rindu,
Diriku yang dulu,
Beza alam masih hati batu.

Ke era seterusnya penuh duri,
Tercucuk jari mahu dibalut atau biar berdarah kali,
Pelbagai topeng manusia penuh muslihat,
Terus kau menjadi mangsa tipu daya syaitan.

Mana kau suluh ada jalan lurus,
Hidup memang penuh liku,
Yang pasti kau harus tahu,
Di penghujung ada yang menunggu.


No comments:

Post a Comment