Tuesday 20 December 2022

Kawan

 

“aku boleh jadi somebody itu untuk kau,”

Ini kata hatiku,

Lain waktu aku harap kita bisa ketemu. Dan boleh cipta lebih banyak kenangan bersama.

Ada aku fikir engkau hanya bermain denganku, bertopeng disebalik kawan untuk bercanda denganku. Seharusnya dari dulu aku berhati hati denganmu, namun aku gagal dan aku tak pernah menyesal.

Sejujurnya, tak pernah aku merayu untuk seseorang itu setia disampingku. Hatta yang dulu kala aku tak memaksanya. Aku tidak tahu mengapa. 

Andai ada yang lain membaca ini, anggap saja aku membebel membela diri sedangkan hati ini telah dicuri. 

Tiada sebab untuk aku membencimu. Tiada sebab untuk aku memburukkanmu. Kau terlalu baik dan sejiwa denganku.

Bagaimana semua kenangan kita boleh aku kenang semula? Lagu. Ya, hanya dengan mendengar lagu memoriku menangkap semula.

Kau tahu, aku lebih tambah merindu walhal kita baru bertemu. Aku kalah dan aku tewas. Di sini aku nyatakan.

Sebentar. Diriku dibuai kenangan lalu. Aku amat mengagumimu. Kau terlalu hebat. 

Aku kembali diterpa rasa gelisah. Aku digantung satu kata,

“Mash, aku ni mudah bosan,”

Jika telinga bisa ku katup, namun hatiku tidak segan menyinggah otak. Habislah kau akan ditinggalkan. 

Sesekalipun aku tak akan pergi darimu. Biar kau saja yang lambai tangan dahulu. 

... 

Ada waktu akan ku sambung bicara hatiku...

Aku mahu beradu, kau juga sedang beradu.

Selamat malam 🌙

No comments:

Post a Comment