Tuesday 3 January 2023

Kawan II

“kita sebenarnya apa?”

Aku sambung semula. Ini tahun baru.

Aku masih musykil dengan status kita. Tapi kita masih kawan bukan? Kawan yang aku sangat sayang dan cintai.

Kadang aku berduka, kadang aku bersuka. Kadang aku ceria, kadang aku derita. Tapi itu semua hilang tatkala kau muncul bertanya khabar? Aku tahu kadang kehidupanmu lebih sukar daripada ku dan kan tetap selindungkan ia daripada aku. Kau baik. Benar kau sangat baik. 

Kau tahu, aku tak punya ramai kawan, tak punya ramai teman. Jika dulu aku coretkan segala isi hatiku disini. Dimana ilhamku melimpah. Aku sangat suka bersendiri dan meratapi nasib hidup. 

Jika ada yang kata, manusia cuma puji bilamana hasilmu bagus dan hina bila saat hasilmu buruk. Tetapi dirimu tetap sama, kamu adalah dirimu. Percayalah, jika ku bilang kau sangat baik. Aku benar benar memaksudkannya. Dan aku tak boleh mengutukmu jika tuah tidak menyebelahiku.

Bukan selalu kita bersama. 

Maafkan aku kerana terlalu memujamu, terlalu taksub padamu. Aku buntuh seseorang. Dan kau bukan hanya hadir ketika aku susah sahaja. Kita berkongsi payung yang sama. 

Di waktu ini, hujan diluar rumah. Pernah aku bagitahu, bahawa rumah bukan lagi ‘rumah’ bagiku berehat. Kau tahu selebat mana titisan hujan, deras lagi jiwaku yang sangat merinduimu.

Kau sangat baik. Kuatnya kau sehingga mampu menghilangkan philophobia aku. Aku mungkin berlebihan di dalam ini. Kerana ini hak aku untuk meluahkan apa ku rasa selama ini.

No comments:

Post a Comment