Wednesday 8 February 2023

Berlindung

 

tanyalah pada diri sampai bila harus senyuman mampu menghiasi bibirmu.


Lanjutkan pada diri, 
aku tak mahu berkisah duka menghamba diri,
Lebih indah bukan jika kisah disirami aura positif?

Namun tak semua bisa menjadi saat yang kita harap terkubur sepi.

Ya. 

Dan aku anggap ini realiti hidup dimana aku dibuang hina atau diratap pergi.

Jika kau cuma fikir,
"Ahh mana mungkin dia terasa, dia mana punya perasaan,"
Atau,
"Itu perihal kecil, tak usah difikir,"

Sumpah hanya senyuman itu aku berlindung,
Dibalik bayang amarahku yang membara,
Nasib kau tidak ku cekik.

Aku mahu peransuran diri ini secara damai,
Tapi kau pilih untuk perbalahan,
Aku mahu kita kekal berkawan,
Tapi kepalang kau ingin permusuhan.

Aku dah lali, 
Setiap kali mesti itu yang terjadi,
Apa dunia ini tidak adil,
Atau aku yang menganggap itu kejam.

No comments:

Post a Comment