Friday 24 February 2023

Tarik lepas

Tapi akan ada perenggan akhir tentang kita.

Dia nampak tenang,
Namun jiwanya bergelora,
Sama ada ditolak atau terima,
Itu belakang kira.
Yang pasti beban dipendam telah diluah.

Kita pernah mahu menutup kisah,
Tapi seperti bermain tarik tali,
Mahu dilepas tapi sayang,
Bukan mudah mendapati cinta hati.

Atau mungkin angan angan ingin berkemudi,
Bersama rasa cinta yang masih tak pasti,
Ingin dilafaz takut dibenci,
Diam dulu biar dia terhanyut sendiri.

Sedang aku tenggelam dalam gelora,
Berendam hangat bisikan asmara,
Serentak kau cuba berasak,
“Akan ada noktah pengakhiran kita,”

Ohh itu kejam.
Sumpah kejam.

Perlukah aku rancakkan permainan?
Atau membiarkan tepukan bergema?
Ah mana mungkin begitu cepat tirai ditutup,
Masih banyak adegan dalam kepala.

Engkau dengan putung rokok disisip antara dua jari,
Berteman aku di sisi sambil menghirup kopi,
Ketukan jari di meja menjadi pemecah sunyi.

Nampak sepi manusia ini,
Kami sedang bicara sesama hati,
Siapa juara siapa mangsa,
Masing masing menunding jari.

No comments:

Post a Comment