![]() |
everyone wants to rule the world. |
![]() |
everyone wants to rule the world. |
![]() |
berilah tanda jika engkau sudah ada pengganti supaya aku tidak menanti. |
Seruanku sudah tidak bersahut. Dan terang maka jelaslah bahawa kita sudah tutup cerita.
Dalam diam malam aku masih menanti telefonku berbunyi. Kala dulu aku tidak menghargai saat itu.
Apakah jika aku nyatakan bahawa aku rindu padamu, masih diterima ditekak hatimu? Jika dulu engkau ungkap padaku, tapi kini tidak lagi dalam diari hatimu. Apakah semua coretan asmara sudah mati dalam dirimu. Tidak lagi harimu dihiasi kata-kata pujangga mahupun disirami puisi-puisi indah. Semua itu telah kering tandus tidak tumbuh lagi.
Sedarlah wahai diriku! Jangan engkau memaksa seseorang untuk kembali padamu. Bukankah dulu saat ini yang kau tunggu?
Kamar yang menjadi saksi air mata berlinang tidaklah insan muka bumi menyangka agar hujan rahmat yang turun, bukan tagisan seseorang berduka. Kiranya, ya tidak penting. Tiada siapa peduli.
![]() |
Tutup buku tiada sambungan cerita. |
![]() |
Saat itu sedarlah aku kebahagiaan dan kedukaan masing-masing menitiskan air mata. |
Tiadalah tarikh lain dapat ku lupakan selain tanggal 24 Januari 2025. Di mana aku menjadi saksi peristiwa manis dan pahit yang berlaku pada hari yang sama. Seharusnya hari itu menjadi satu cerita terbinanya mahligai, bukannya tertanam sebuah pusara.
Mengambil hampir 2 bulan untuk aku meluahkan rasa hati. Pedih dan diam. Diam untuk terus membisu. Tidak tahu pada mana pangkalnya harusku mula. Namun yang pasti, aku sedang sembuh dan reda dengan masa lalu.
Perlahan. Hari itu seakan lama. Jam berdetik memamah beribu saat. Menanti kepulangan tubuh yang sihat namun yang tiba jasad yang kaku.
Hakikatnya, ini semua takdir Tuhan.
Selamanya kau sahabatku, Fatiha Murad. Al-fatihah.
![]() |
Yang masih diam biarkan masa berlalu. |
![]() |
Tidak semua momen dirakam dengan kanta kamera, cuma aku yang menghargai detik berputar |
Ahh selera hidupku mati. Seharusnya yang mati itu kau. |